Wednesday, February 11

Kuih Buah Melaka

Kuih Buah Melaka

Bahan-bahan:3 cawan tepung pulut 
3 sudu besar tepung gandum 
1 - 2 keping gula melaka 
1 cawan kelapa muda parutsedikit garam Kisar dan tapis  
1 1/2 cawan air atau secukupnya
4 helai daun pandan 








Caranya  
  1.  Bancuh tepung sehingga adunan tidak melekat. Jadikan bebola. 
  2. Masukkan hirisan gula Melaka kedalam bebola.
  3. Kemudian masukkan adunan yang telah dijadikan bola td kedalam air yang telah didihkan awal td. 
  4. Apabila semua bebola sudah timbul. 
  5. Masukkan kedalam satu bekas yang berasingan berisi parutan kelapa. 
  6. Parutan kelapa td mesti dicampurkan sedikit dengan garam. 
  7. Gaul sebati bebola td. Dan asinggkan dalam pinggan untuk dihidang. 

Friday, October 18

Ala minit Karipap Pusing



Bahan Inti
 
2 biji bawang besar – Potong dadu
2 biji bawang putih (dadukan jugak)
1 sudu kecil lada kasar (saya tumbuk lada hitam tu, baru terasa lada)

2 keping daging burger (hancur2 kan dia)
5 biji kentang bersaiz gengamtangan pun dah cukup (dipotong dadu)
Daun bawang & daun sup (dihiris halus)
Air secukupnya (cukup tuk masak ubi sampai empuk
Garam  & gula ikut rasa
 
Cara membuat Inti
  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih.
  • Kemudian lada kacau sikit kemudian masukkan daging dan biarkan dalam 3 minit macam tu.
  • Masukkan kentang dan air, gula dan garam secukup rasa
  • Bila dah agak empuk kentang tu, masukkan daun bawang dan daun sup.
  • Biarkan dalam seminit kemudian angkat. Biarkan inti tu sejuk dulu

 

 
Doh 1
150 gm majerin
300 gm tepung gandum

Cara - Doh 1.
Bancuh tepung dengan majerin biar rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit.
Dah menjadi dok, benrukkan menjadi macam bola. Buat dalam saiz 2 genggam tangan pun ok..

Doh 2
500 gm tepung gandum
Sedikit garam
Air. Air ni agak2 kalau buat doh. Campurkan air sampai doh menjadi satu biji bola. Kalau terlebih air tu, tambah la sikit tepung ye.
Cara - Doh 2
Dalam bekas berasingan, masukkan tepung dan perlahan-lahan masuk kan air.
Uli juga sampai jadi doh kemudian buat bola juga.

Macammana nak dapatkan pusingan kulit karipap??
  • Canai Doh 2, masukkan doh 1 kedalam doh 2. Jadikan ia bulat.
  • Kemudian canai semula dan gulung
  • Kemudian potong setebal 3 inci..
  • Kemudian canailah lah doh yang dipotong tu jadikan kulit.
  • And bentukkan lah dia jd karipap.
Petua mak saya nk kulit sedap pakai air ais.

Stim Oreo Cheese Cake

 Lamanya tak ngedit blog ni... meh!! kita try buat ni... dapat resepi ni dari kedai kek area Sungai Ara.. That lady memang baik. Dia x kisah.. walaupun saya x enroll bake class dia.. dia dengan senang hati bagi resepi ni... Dah la senang sangat nk membuat dia... Sedap plak tu.. mesti try tau...


Bahan-Bahan
 
220g tepung naik sendiri
500gm cream cheese
200gm gula (dibahagi 2)
320ml fresh milk
4 biji telur (asingkan putih n kuning)
Oreo crumb (untuk ditabur)
Biskut merrie / Digestive biscuit
 
Cara-caranya
  • Pukul cream cheese bersama separuh gula tadi.
  • Masukkan kuning telur dan dipikul sampai sebati
  • Perlahan-lahan masukkan susu dan tepung.
  • Di dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur bersama baki gula.
  • Apabila campuran putih telur td agak kembang, masukkan putih telur tadi kedalam campuran cheese tadi.
  • Kaup balikkan sampai rata. Didalam bekas pembakar, lapiskan biskut marrie/digestive biskut yang telah direndam sekejap dalam susu segar. .
  • Setelah selesai lapisanmerrie tu, masukkan sebahagian campuran cheese. Diikuti dgn menabur oreo yang telah dihancurkan. Dan seterusnya. Terpulang pada pe,baca nk berapa layer ya.
  • Setelah selesai, masukkan dalam periuk stim yang tleah di dihkan air. Dan biarkan ia masak selama satu jam ke 1jam setengah. Terpulang  ada saiz dulang tu lah ek…  Kemudian biarkan sedikit sejuk.. tadaaa…. Makan panas2 memang sempoi!!!  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •                          Selamat mencuba…

 
 


Monday, July 9

Tumis Udang Berempah

 

 

Bahan-bahan

500g Udang (Sederhana besar) 

Bahan Kisar
2 biji bawang besar dihiris
5 tangkai cili kering
2 niji bawang putih
1/2 inci halia
1 pkt rempah udang
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 cawan air

Bahan Menumis
1 inci halia
10g buah pelaga
5 biji bawang merah dihiris

3 tangkai daun kari
1 biji tomato (potong slice)
sedikit air
sedikit garam
sedikit gula
Sedikit minyak

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, dan tumis bahan yang dihiris.
  2. Apabila bawang agak kekuningan, masukkan bahan yang telah dikisar.
  3. Apabila bahan tumis sudah pecah minyak, masukkan air.
  4. Biarkan campuran menjadi agak pekat.
  5. Masukkan udang biarkan selama 5 minit
  6. Masukkan daun kari dan biarkan lagi selama 5 minit.

Sunday, July 8

Belitong Masak Lemak Cili Api

Hari Sabtu baru ni, aku kematian akal, x tahu nak masak apa.
Bila sampai dia Market saya berjalan-jalan kat area makanan basah Masih tak boleh berfikir.... Tiba-tiba saya nampak Siput Belitug... A'ha... lama aku tak masak siput ni. Sebab susah sangat nak dapat siput ni.


So.. nyummy2... ni adalah kegemaran family aku.. Esp.. kalau buat masak lemak... ish! sedap ni...


1/2 Kilo Siput belitung,
1/2 biji santan. Kalau nak beli siap perah, boleh beli dalam RM1.
1 camca kecil serbuk kunyit
4 biji cili padi (Ditumbuk halus)
2 biji ditumbuk hanya sikit saja. Kalau x nak pun x apa.
3 cawan air

Bahan menumis
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inchi halia
(Kesemua bahan ni di tumbuk)
Halba Campur
2 Tangkai daun kari
Sedikit minyak

Cara memasak
  1. Bersih dan potong bahagian hujung siput belitung.
  2. Panaskan periuk, masukkan santan. dan air.
  3. Masukkan kunyit dan kacau rata.
  4. Selepas berberapa minit, masukkan siput belitung yang dah siap dicuci.
  5. Kacau selalu sebab tak mahu nnt kuah mengelegak dan pati santan berkepala.
  6. Setelah kuah dah nampak cukup kepanasan, masukkan sedikit garam dan biarkan lagi 5 minit
  7. Tutupkan api.
  8.  Didalam kuali lain, panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi, daun kari dan sedikit halba campur. Tumis sekali, agak bau dah naik saya masukkan kedalam masak siput td & tutup.

Petua: Kalau nak hilangkan selut atau pasir2 dalam siput tu, sebelum di potong hujung ekor siput tu, rendam dulu siput tu selama setengah jam. Makesure tutup bekas tu ek. Nnt penuh siput panjat didapur tu. hehehe....

Wednesday, July 4

Popia Goreng



Bahan tumis
2 biji bawang kecil
1 biji bawang putih
Sedikit minyak
Sedikit air
Gula & Garam secukup rasa

Bahan Hiris Nipis
1 biji sengkuang
1 biji carrot
3 tangkai kacang panjang
2 camca udang kering/udang hidup (dicindang)
Kalau tak suka udang, gantikan dengan isi ayam atau telur yang telah dicincang.
2 camca kecil bawang goreng (Di hancurkan sedikit)

Cara memasak
  • Masukkan bawang putih & bawang merah yang telah dihiris nipis kedalam belanga yang telah dipanaskan dengan minyak.
  • Setelah bawang agak kuning masukkan sengkuang dan carrot.
  • Masukkan juga air.
  • Kacau rata dan masukkan kacang panjang
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan semua bahan agak sedikit layu, matikan api
  • Kemudian gulung popia apabila bahan inti agak sedikit sejuk.
Untuk membuat sos dia, saya buat yang cepat dan simple. Saya ambil 2 camca cili kering yang telah siap di mesin (cili yang saya simpan tuk buat sambal tumis) Panaskan minyak dalam kuali, masukkan cili td, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan yang kita mahu. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Sedap sos ni... simple n cepat nk siapkan. kalu nak cepat lagi amik cili sos saje ye... :p


Monday, July 2

Kek Kukus Coklat



Bahan-bahan kek

3/4 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan sedikit Milo (saya saja tambah)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur

Cara-cara

1-      Campurkan gula pasir, serbuk koko dan Milo, minyak masak, susu cair dan susu manis ke dalam periuk. Masak sebentar di atas api yang perlahan sehingga semua bahan larut.
2-      Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
3-      Dalam bekas berasingan, pukul telur sampai kembang,
4-      Masukkan telur yang dipukul tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan koko tadi.Sambil tuang telur tu sambil kacau ye.
5-      Setelah gaul sebati dan tuang ke dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas iuntuk membakar kek..
6-      Tutup acuan dengan aluminium foil supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan.
7-      Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk
8-      Kalau suka letaklah toping choclat masakkan.